96.9% dewasa Malaysia lengkap vaksinasi

 

vaksinasi

Sebanyak 96.9% atau 22,689,471 individu bagi populasi dewasa di negara ini sudah lengkap vaksinasi COVID-19, setakat jam 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 98.3 peratus (23,028,508) pula telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin berkenaan.

Bagi populasi remaja, sebanyak 89.7 peratus atau 2,822,370 individu berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurang satu dos, dan 86.1 peratus (2,709,263) lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, sebanyak 135,914 dos vaksin diberikan, semalam, membabitkan 8,313 suntikan dos lengkap, 4,703 dos pertama dan 122,898 dos penggalak.

Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,517,981 dos.

Setakat ini, jumlah kumulatif dos penggalak diberikan ialah 2,457,510.

BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker