Melaka sasar tarik pelaburan RM5 billion – Ab Rauf Yusoh

Melaka di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PNM) mensasarkan pelaburan sejumlah RM5 billion bagi memastikan ekonomi Melaka terus berkembang baik.

Exco Kanan Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Ab Rauf Yusoh berkata demikian semasa ditemui wartawan di pejabat PKNM.

Rauf turut mensasarkan untuk Melaka menjadi pusat pemasangan kereta elektrik Malaysia dengan pelaburan strategik pelabur.

 

 

Sasaran lain yang turut disenaraikan Rauf ialah automotif, oil & gas, teknologi hijau, elektronik serta teknologi aero angkasa selain beberapa sasaran PKNM yang akan ditentukan.



Industri kreatif turut mendapat perhatian untuk dibangunkan pada kadar segera di Melaka untuk memberi lebih banyak ruang kepada rakyat menurut Rauf lagi.

Exco Kanan itu turut menyatakan pengalaman beliau berurusan dengan negara luar akan digunakannya bagi menarik seberapa ramai pelabur ke Melaka dan penyediaan kawasan pelaburan sangat penting bagi menarik minat mereka.

Pilihan tepat Melaka pilih kerajaan yang stabil – Rauf

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker