Pilihan tepat Melaka pilih kerajaan yang stabil – Rauf

 

Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Melaka, Dato Sri Ab Rauf Yusoh menyifatkan rakyat Melaka membuat pilihan tepat apabila memilih Barisan Nasional pada PRN Melaka.

 

Rauf berterimakasih kepada rakyat serta pengundi Melaka memilih sebuah kerajaan yang stabil bagi mentadbir semula Melaka.

Menyifatkan PRN Melaka sebagai ‘game changer’ dalam menghadapi PRU15 menyampaikan ucapan terimakasih serta penghargaan kepada semua pihak.

 

Dato Sri Ab Rauf Yusoh

Bagi Rauf, kemenangan iniĀ  bukan sesuatu yang perlu dibanggakan kerana matlamat sebenar BN ialah kembali ke Putrajaya pada PRU15.



Ditanya mengapa tiada wakil Perikatan Nasional dalam senarai Exco Melaka, Rauf berkata keputusan UMNO Melaka selari dengan keputusan PAU2020 yang tidak akan bekerjasama dengan PPBM.

Bagi Rauf, serangan pihak lawan terhadap UMNO & BN sebelum PRN sangat menguji kekuatan mental seluruh jentera BN Melaka. Bagaimanapun beliau memuji seluruh jentera UMNO & BN yang tetap kental dan kekal melawan setiap serangan saraf yang dilancarkan terhadap mereka.

PRN Melaka boleh jadi contoh untuk PRU15 – Ab Rauf

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker