Menstabilkan politik pusat alasan PAS bertanding

 

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyifatkan kehadiran mereka bertanding di PRN Sarawak hanya untuk menstabilkan politik pusat kerana GPS (Gabungan Parti Sarawak) bukan komponan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata GPS hanya ‘mesra’ PN tetapi bukan sebahagian daripada PN.

“GPS bukan komponen dalam PN. Mereka hanya mesra dengan kerajaan pusat, jadi saya fikir tujuannya bukan untuk menstabilkan politik di peringkat Pusat.

“Bagi PAS, yang menjadi komponen dalam PN dan Bersatu, kita sambut baik bukan sahaja Sabah dan Sarawak, malah mana-mana pihak yang menyokong kestabilan politik negara,” – petikan FMT

PAS menimbangkan untuk bertanding 11 kerusi pada PRN Sarawak namun masih menimbangkan jumlah sebenar yang akan ditandingi.

Beliau juga menafikan PAS memang menentang GPS sambil menyifatkan semua parti politik berhak bertanding sebagai amalan demokrasi.

PAS baru-baru ini kalah di semua kerusi yang ditandingi mereka menggunakan tiket Perikatan Nasional di PRN Melaka.

Parti tersebut memilih untuk bersama PPBM dan Gerakan dalam Perikatan Nasional selepas enggan lagi bekerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional.

7 tahun PAS bersama DAP, Nik Abduh rasa malu

Leave a Reply