Isu Zeti, netizen mula persoal intergriti pihak terlibat

 

Isu panas melibatkan bekas Gabenor Bank Negara mula dipersoalkan netizen berikutan masih tiada tindakan diambil terhadap pembongkaran yang dilakukan.

Netizen mula tertanya kemanakah hilang mereka yang lantang menuding Najib dan mendesak agar Najib dipenjarakan.

Namun semua itu kendur bila bekas Peguam Negara, Tommy Thomas mendedahkan serta mengesahkan Zeti terlibat dalam urusan wang 1MDB. Bukan Zeti sahaja malah suaminya juga terlibat dalam konspirasi mengenakan Najib.

Baca SINI



Mahathir Mohamad yang sehingga hari ini masih menutup mulut daripada mengulas isu Zeti mula menyerang Najib. Mengalih topik kepada pemberian tanah kepada Najib dan mengulang-ulang perkara tersebut seolah benar-benar berlaku sedangkan perkara sebenar sudah diketahui umum.

Baca SINI

Modus begini mengulang kisah cincin yang pernah dimainkan pihak pembangkang hingga mempengaruhi pemikiran rakyat. Akhirnya kebenaran terbukti dalam parimen apabila disahkan cincin tersebut tidak pernah dibeli Najib.

Baca SINI



Maruah negara yang diperkotak-katikkan melalui pelbagai kaedah tohmahan ini sebenarnya mengundang pelbagai persepsi. Pihak luar yang melihat keboborokan prosedur mula gusar untuk meletakkan kepercayaan mereka terhadap sistem Kehakiman Malaysia. 

Baca SINI

Agak mudah untuk phak tertentu mencipta isu dan mengenakan tuduhan tanpa bukti kukuh seperti dikenakan terhadap Najib. Malah lebih teruk, bukti yang diperlukan disekat dari dibawa ke Mahkamah hanya untuk menyukarkan keadaan agar kes memihak kepada pihak tertentu.

Najib perlu diberikan pembelaan sewajarnya dan bukan hanya bersandarkan tuduhan yang diciptakan oleh musuh politiknya.

Kenapa Mahathir tidak berani gelar Zeti penyamun?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker