Pengoperasian KL ATCC tepat pada masanya – Ismail Sabri

 

Pengoperasian Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KL ATCC) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dirasmikan, hari ini, adalah tepat pada masanya selaras usaha sedang giat dilakukan bagi memulihkan ekonomi negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, pembukaan sempadan negara kelak akan merancakkan lagi sektor penerbangan awam, secara langsung memberi kesan positif dengan hasil limpahan kepada ekonomi negara.

“Melalui penyediaan sistem dan peralatan kawalan trafik udara yang baharu dan lebih efisien, ia secara langsung akan mampu mempertingkatkan tahap kecekapan perkhidmatan trafik udara Malaysia setanding dengan negara maju di dunia.

“Selain itu, pertambahan jumlah pergerakan pesawat dan peningkatan kapasiti ruang udara yang terhasil daripada Projek KL ATCC tentu akan memberikan impak positif kepada sektor ekonomi negara, terutama dalam sektor penerbangan awam,” katanya ketika berucap merasmikan KL ATCC, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kapten Chester Voo.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, trend peningkatan semula sektor penerbangan dijangka pulih menjelang 2025, selepas industri penerbangan awam mengalami kemerosotan amat ketara akibat pandemik COVID-19.

Katanya, pandemik itu turut menyebabkan penutupan sempadan antarabangsa yang menjejaskan industri pengangkutan udara.

Seterusnya, beliau berkata, bangunan KL ATCC yang terletak bersebelahan KLIA bukan saja menempatkan operasi perkhidmatan trafik udara bagi seluruh ruang udara Semenanjung, malah turut menempatkan Pusat Mencari Dan Menyelamat Negara serta Pusat Koordinasi Pengurusan Ruang Udara Bersama (JAMCC).

BHonline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading