Remaja 19 tahun ditemukan tergantung di dapur

Alor Setar: Seorang remaja lelaki ditemukan mati tergantung di ruang dapur rumahnya di sebuah kawasan perumahan di Kuala Kedah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu selepas menerima panggilan penemuan mayat lelaki berkenaan dari seorang lelaki petang semalam.

Beliau berkata, lelaki berusia 19 tahun itu ditemui oleh abangnya yang baru pulang dari laut sekitar jam 4 petang.



“Hasil temu bual dengan abang si mati, dia memaklumkan ternampak adiknya dalam keadaan tergantung di ruang dapur rumah mereka.

“Si mati adalah anak bongsu dari empat beradik dan bekerja sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Shukri berkata, siasatan awal percayai remaja itu meninggal dunia sekitar jam 12 tengah hari hingga 4 petang.

“Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk tindakan lanjut dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.



METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading