Masalah brek mungkin punca 3 nyaris lemas di tasik

Masalah brek mungkin punca 3 nyaris lemas di tasik

Masalah brek mungkin punca 3 nyaris lemas di tasik

BATU PAHAT: Masalah pada brek dipercayai punca sebuah kereta terbabas masuk ke dalam tasik di Kampung Parit Jorak Elahi, Bukit Pasir, tengah hari tadi, sehingga menyebabkan seorang pemandu dan dua penumpang, nyaris lemas.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisoner Ismail Dollah, berkata punca sebenar nahas bagaimanapun masih disiasat.



Katanya, semua mangsa yang berusia antara 25 tahun hingga 28 tahun tidak cedera dan masih belum membuat laporan polis.

“Kira-kira jam 1.30 tengah hari, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta terbabas masuk ke dalam tasik di Jalan Bukit Pasir.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta berkenaan yang dipandu oleh seorang lelaki bersama dua rakan perempuannya dalam perjalanan dari arah Tongkang Pechah menghala ke arah Batu Pahat.

“Setiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu dikatakan hilang kawalan lalu terbabas dan terus masuk ke dalam tasik di sebelah kanan jalan,” katanya.



Beliau berkata, dengan bantuan orang awam, ketiga-tiga mangsa sempat keluar sebelum kereta tenggelam,” katanya ketika dihubungi.

Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu.

Terdahulu, seorang lelaki dilaporkan sanggup menggadai nyawa menyelamatkan tiga individu hampir lemas selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam tasik berkenaan.

Lori rempuh 8 kenderaan ada masalah brek



Masalah brek mungkin punca 3 nyaris lemas di tasik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Adakah 5 Hakim Mahkamah Persekutuan Akan Memuktamadkan Keputusan Kes SRC Pada 19 Januari Ini



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button