Pemandu trak pikap rempuh polis ketika sekatan

Oleh – Syeikh Baran


Pemandu trak pikap rempuh polis ketika sekatan
SEBUAH pikap dipandu laju sehingga merempuh seorang pegawai polis di Bac Giang, Rabu lalu. – Foto Polis Vietnam

Seorang pemandu trak pikap di wilayah Bac Giang, Vietnam, merempuh polis trafik sebelum melarikan diri ketika diminta berhenti untuk menjalani pemeriksaan tahap alkohol, lapor akhbar VNExpress.

Ketika kejadian, pasukan peronda yang terdiri daripada 20 anggota polis sedang memeriksa tahap alkohol pengguna jalan raya di daerah Tan Yen pada pukul 8.30 malam (waktu tempatan), Rabu lalu. 



Mereka kemudian melihat sebuah trak pikap cuba untuk melepasi pemeriksaan tersebut.

Seorang pegawai polis, Leftenan Nguyen Van Tan kemudian cuba menghalang laluan kenderaan tersebut tetapi ia dipecut laju lalu merempuh motosikal ditunggang mangsa.

Pasukan polis kemudian mengejar trak pikap itu sejauh 5 kilometer.

Apabila sampai di kawasan Tan Trung, mereka melihat kenderaan itu diletakkan di tepi jalan, manakala pemandunya didapati telah meninggalkan tempat kejadian.



Bagaimanapun, menjelang pukul 2.30 pagi (waktu tempatan), Ha Quang Tung, 43, menyerah diri kepada polis sebelum ditahan untuk tindakan selanjutnya. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading