Trump diarah bayar ganti rugi AS$83.3 juta

Oleh – Syeikh Baran


Trump diarah bayar ganti rugi AS$83.3 juta
E. Jean Carroll

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump diarahkan untuk membayar ganti rugi berjumlah AS$83.3 juta (RM393.84 juta) kepada penulis E. Jean Carroll kerana komen berunsur fitnah yang dibuatnya terhadap wanita itu ketika menjadi Presiden.

Carroll menyaman Trump pada 2019 kerana memperlekehkan dakwaannya bahawa beliau menyerangnya secara seksual di bilik persalinan gedung serbaneka pada 1990-an.



Menerusi saman tersebut, Carroll menuntut sekurang-kurangnya ASAS$10 juta (RM47.27 juta) daripada Trump, dengan alasan beliau merosakkan reputasinya sebagai seorang wartawan.

Keputusan itu dibuat semalam oleh sembilan orang juri setelah mengambil masa lebih tiga setengah jam untuk mencapai kata sepakat.

Trump hadir di hadapan saksi pada Khamis untuk mempertahankan dirinya terhadap dakwaan itu.

Trump, calon Republikan 2024 yang berkemungkinan bertanding menentang Presiden Demokrat, Joe Biden dalam pilihan raya pada November ini, menafikan semua dakwaan terhadapnya.



Selepas keputusan itu diumumkan Trump membuat satu hantaran di platform media sosialnya, Truth Social, bahawa beliau akan merayu keputusan itu sambil menyifatkan kes tersebut sudah diatur oleh Biden.-AFP

Sumber – UTUSAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button