Covid19 – Tottenham Hotspurs hadapi krisis
Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte mengesahkan lapan pemain dan lima kakitangan kelab London itu positif COVID-19 dan menjangkakan lebih banyak kes dalam masa terdekat.
“Lapan pemain dan lima anggota kakitangan. Setiap hari kami mempunyai pesakit COVID-19, orang yang tidak positif semalam dan ini bukan situasi yang baik.
“Untuk bercakap mengenai bola sepak hari ini adalah mustahil. Situasi terakhir membuatkan saya sangat kecewa.
Keadaan ini serius kerana terdapat jangkitan besar. Kami bersedia untuk perlawanan menentang Rennes, tetapi sejujurnya ia sangat sukar.
“Sekali lagi pada penghujung sesi, seorang pemain (diuji) positif, seorang lagi kakitangan (ahli) positif – esok, siapa (akan)? Kini, pastinya, kami agak takut kerana esok kami tidak tahu apa yang berlaku,” kata Conte pada sidang media yang diadakan secara maya di pusat latihan Hotspur Way.
Tottenham Hotspur akan melayan kunjungan Rennes di Stadium Tottenham Hotspur dalam aksi Kumpulan G Liga Konferensi Europa pada awal pagi Jumaat ini.
sinar