Pfizer dakwa Paxlovid berkesan

Pfizer-covid-Paxlovid

 

Pfizer mendakwa pil antiviral COVID-19 keluaran syarikat itu menunjukkan hampir 90 peratus keberkesanan dalam mencegah kemasukan ke hospital dan kematian dalam kalangan pesakit berisiko tinggi.

Mereka juga mendakwa, data ujian terkini turut menunjukkan agar pil berkenaan mampu untuk membendung varian Omicron yang merebak lebih pantas.

Menurut Ketua Pegawai Saintifik Pfizer, Mikael Dolsten, berdasarkan ujian terhadap 1,200 orang pesakit COVID-19 pada Nvember, tiada kematian dilaporkan setelah pengambilan ubat oral berkenaan.

Pfizer-Paxlovid

Pil oral Pfizer itu diambil dua kali setiap hari, untuk lima hari bermula sejurus timbulnya gejala.

Namun jika ubat berkenaan mendapat kelulusan, ia akan dijual dan dikenali sebagai Paxlovid.

Pfizer juga mengeluarkan data awal daripada kajian kedua menunjukkan rawatan itu mengurangkan kemasukan ke hospital sebanyak 70 peratus dalam kajian berskala kecil bagi orang dewasa.

Keputusan itu jelasnya menunjukkan trend positif.

Dolsten turut menjangkakan, kebenaran dan kelulusan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) akan diraih dalam masa terdekat.



awani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button