600 orang sakit akibat letusan gunung berapi di Filipina

600 orang sakit akibat letusan gunung berapi di Filipina

600 orang sakit akibat letusan gunung berapi di Filipina
Gunung berapi Mayon mengeluarkan asap. – Foto AFP

MANILA: Sekurang-kurangnya 628 orang yang dipindahkan ke tempat perlindungan, jatuh sakit akibat letusan Gunung Berapi Mayon, gunung berapi paling aktif di Filipina, lapor agensi kerajaan pada Isnin.

Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan merekodkan sekurang-kurangnya 10 jenis penyakit yang menjejaskan mangsa yang berumur dua hingga 64 tahun itu termasuk batuk, selesema, demam, gastroenteritis, jangkitan pernafasan akut dan penyakit kulit, lapor Xinhua.

Menurut agensi itu, hampir 39,000 orang terjejas akibat letusan Mayon yang bermula pada 8 Jun lalu.



Pihak berkuasa tempatan telah memindahkan lebih 20,000 penduduk yang tinggal di zon bahaya di sekitar Gunung Berapi Mayon yang berbentuk kon di wilayah Albay, kira-kira 500 kilometer tenggara Manila ibu negara Filipina.

Wilayah itu yang diletakkan dalam keadaan bencana, menubuhkan 28 pusat pemindahan kebanyakannya bangunan sekolah, untuk penduduk yang kehilangan tempat tinggal.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina pada Isnin merekodkan aliran piroklastik selama tiga minit dari kubah lava gunung berapi yang runtuh.

Kepulan sarat wap meningkat kepada 600 meter dan institut itu mengekalkan tahap amaran gunung berapi pada skala tiga daripada tahap lima.



Gunung Berapi Mayon kali terakhir meletus pada 2018, mengakibatkan lebih 23,000 orang dipindahkan dari sembilan bandar dan majlis perbandaran. – BERNAMA-XINHUA

600 orang sakit akibat letusan gunung berapi di Filipina
Lava Gunung Berapi Mayon, selatan Manila. – Foto AFP

600 orang sakit akibat letusan gunung berapi di Filipina


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading