Tentera Israel bunuh lima rakyat Palestin di Jenin

Tentera Israel bunuh lima rakyat Palestin di Jenin

Tentera Israel bunuh lima rakyat Palestin di Jenin
Penduduk di sisi jenazah mangsa serbuan tentera Israeli di Tebing Barat yang ditakluk. – Foto REUTERS

JENIN: Tentera Israel membunuh lima rakyat Palestin, termasuk seorang pejuang dalam serbuan dan tembakan dari helikopter di Tebing Barat yang ditakluki.

Bunyi tembakan kedengaran di seluruh Jenin ketika rakyat Palestin yang cedera dikejarkan ke Hospital Ibnu Sina menaiki ambulans.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam kenyataan berkata, lima orang terbunuh, manakala 62 yang lain cedera dalam keganasan berkenaan.



Seorang yang terbunuh ialah seorang remaja, Ahmed Saqer, 15, manakala dua yang terbunuh ialah Khaled Assassa, 21, dan Qassam Abu Saria, 29.Jihad Islam Palestin dalam kenyataan mendakwa Abu Saria ialah pejuang kumpulan itu.

Timbalan Gabenor Jenin, Kamal Abu al-Rub menyatakan tentera Israel melancarkan serbuan kira-kira jam 4:00 pagi waktu tempatan.

“Tentera menyerbu kem pelarian di Jenin dan kawasan bandar selepas waktu subuh dan berlaku tembakan yang dahsyat,” katanya.

Seorang wartawan AFP mengesahkan pertempuran masih berterusan sehingga 2:25 petang waktu tempatan. – AFP



Tentera Israel bunuh lima rakyat Palestin di Jenin
Pejuang Palestin menembak sasaran ketika serbuan tentera Israel di Jenin, hari ini. – Foto REUTERS

Tentera Israel bunuh lima rakyat Palestin di Jenin


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading