i-Citra; rakyat perlu diberi pilihan

Isu pengeluaran wang pencarum KWSP di bawah skim i-Citra terus diperdebatkan oleh mereka yang memerlukannya. Hujah pro dan kontra terus menguasai perdebatan antara netizen dan rakyat.

Bagi segelintir ahli politik terutama Pakatan Harapan, mereka ada berpendapat kalangan pemimpin politik yang turut bersuara mengenai i-Citra hanya mencari populariti.



 

 

Mungkin Pakatan Harapan lupa bagaimana mereka sendiri mencari populariti semasa membentangkan manifesto PH pada PRU14 lepas.



 

 

Dengan pelbagai janji manis, PH sendiri telah meraih populariti selaju roket namun akhirnya kecundang apabila GAGAL merealisasikan manifesto ciptaan mereka.



 

 

Kegagalan manifesto PH dialihkan kepada rakyat bila mereka menyalahkan desakan rakyat yang mahu semua manifesto dipenuhi dengan kadar segera. Alasan demi alasan dicipta PH bagi menuding pihak lain sehinggalah mereka tumbang sebagai kerajaan.



 

 

Mengenai pemimpin politik yang bersuara berkenaan i-Citra, apa yang dibawa oleh Najib Razak adalah keperluan semasa dan bukan untuk mencari populariti.



“Yang inginkan i-Citra adalah lebih optimis untuk membina semula ekonomi, kekayaan Rakyat dan simpanan KWSP Rakyat dengan pelbagai cara. Sebab kita pernah buat dan buktikan”.

Yang sokong i-Citra juga percaya bahawa kebanyakkan Rakyat Malaysia adalah pandai menilai, rasional dan bertanggung jawab pada masa depan mereka masing-masing.

Yang keluarkan i-Citra adalah mereka yang benar-benar terdesak dan sekiranya mengeluarkan hari ini pun, mereka akan berusaha untuk bekerja lebih keras untuk memulihkan simpanan mereka – sama ada dalam KWSP atau melalui pelaburan-pelaburan lain.

Tiada paksaan. Yang amat perlu akan keluarkan. Yang tak perlu, akan terus simpan.– Najib Razak



3/4 TAHUN TERKURUNG TANPA PERKEMBANGAN EKONOMI, BUKIT PUN RUNTUH

Rakyat telah melalui fasa PKP selama 3/4 tahun di bawah Akta Darurat yang dikuatkuasakan kerajaan Perikatan Nasional. Ini telah banyak menjejaskan majikan serta rakyat itu sendiri dari ekonomi mereka, jadi untuk memulakan balik segalanya perlu sokongan kewangan.

Semua rakyat menghargai pelbagai bentuk inisiatif bantuan kerajaan hari ini namun untuk kelangsungan hidup, ramai daripada mereka telah kehabisan tabungan simpanan. Ini diburukkan lagi dengan musibah banjir yang melanda negara hujung tahun lepas.

Keputusan di tangan kerajaan dan segalanya akan dijadikan panduan bagi memilih sebuah kerajaan menjelang PRU15 akan datang.

KWSP, rakyat merayu kepada Zafrul dalam TikTok

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button