Pemandu syarikat kurier positif dadah ditahan selepas kemalangan

Kuala Krai: Seorang pemandu lori syarikat kurier ditahan selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 89, Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Manek Urai, di sini, pagi semalam.

Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan selepas ujian saringan air kencing mendapati positif methampetamine.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, kemalangan pada 4.15 pagi itu menyebabkan bungkusan barangan milik pelanggan bertaburan di atas jalan.



Pada masa sama, katanya, kayu getah yang berada di atas treler berkenaan turut terjatuh sehingga berlaku kesesakan lalu lintas dan hanya sebelah lorong susulan kerja pembersihan dan pengalihan kayu.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika treler dipandu lelaki berusia 37 tahun dalam perjalanan dari arah Kuala Krai.

“Setibanya di lokasi kejadian, lori syarikat kurier dipandu seorang lelaki yang datang dari Gua Musang terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan treler berkenaan,” katanya.

Suzaimi berkata, pemandu treler cuba mengelak ke kiri jalan, namun jarak dekat menyebabkan kedua-duanya bertembung dan pakej bungkusan pelanggan bertaburan di atas jalan apabila lori kurier itu terbalik.



Suzaimi berkata, akibat kemalangan, pemandu treler berusia 37 tahun cedera pada bahagian mata dan tangan kanan dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Akibat pertembungan itu, pemandu treler mengalami kecederaan di bahagian mata serta tangan kanan, dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Sementara, pemandu lori syarikat kurier tidak mengalami kecederaan.

“Bagaimanapun, ujian saringan air kencing ke atas pemandu lori syarikat kurier mendapati positif methampetamine dan lelaki itu sudah ditangkap,” katanya.



Mengulas lanjut, Suzaimi berkata, kemalangan yang berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu syarikat kurier yang gagal mengawal kenderaannya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial berdurasi 26 saat menunjukkan penduduk kampung sedang mengutip bungkusan barangan milik pelanggan yang terjatuh dari lori kurier berkenaan.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading