Resepi sotong masak kari pekat
1 kilo sotong (dibersihkan)
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar(dihiris)
3 ulas bawang putih(dihiris)
1 cm halia(dihiris)
3 sudu perahan asam jawa
1 buah tomato(dibelah 6)
Daun ketumbar(2-3 sudu besar)
Minyak masak secukupnya
Serbuk perasa
Garam
7 sudu besar Serbuk Kari ikan
Sedikit air
(Jadikan paste)
P/s=tidak perlu mengunakan air,kerana apabila memasak sotong nanti airnya Akan keluar sendri😊
CARA MEMASAK
1)panaskan minyak didalam kuali,tumiskan bawang putih,bawang merah,halia Dan daun kari.masak sehingga sedikit keperangan
2)kemudian masukkan paste rempah kari Dan gaulkan sebati,masak sehingga pecah minyak(mengunakan api Yang sederhana agar rempah masak dengan sekata Dan warna rempah Akan kelihatan cantik Dan sentiasa kacau)
3)apabila Sudah pecah minyak,masukkan perahan air asam jawa Dan kacau Lagi sehingga minyak berwarna Oren gelap.(Masih mengunakan API sederhana)
4)selepas itu,masukan sotong Yang telah dibersihkan tadi,masakkan seketika,
5)akhir sekali,masukkan daun ketumbar Dan tomato.serta perasakan dengan GARAM Dan serbuk perasa.(boleh tambahkan cili merah Dan cili hijau sebagai hiasan)tunggu sedikit kering Dan tutup api.
6)siap dihidang