Resepi Daging Masak Hitam
Bahan-bahan :
1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 tangkai daun kari
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris,daun kari, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk… boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)
Selamat mencuba
Kredit resepiĀ Ummi