Polis terima laporan guru MRSM Tumpat terlibat kes pedofilia

Oleh – Syeikh Baran


Polis terima laporan guru MRSM Tumpat terlibat kes pedofilia
Muhamad Zaki ketika ditemui pemberita pada Majlis Iftar Ramadan Perdana Peringkat Kontinjen Kelantan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-217 di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI/ KOSMO!

Polis Kelantan mengesahkan menerima laporan berhubung seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat yang didakwa melakukan pedofilia terhadap seorang murid lelaki.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, laporan itu dibuat oleh pelajar terbabit dan pihaknya akan mengambil keterangan daripada beberapa saksi.



“Siasatan juga akan mengambil kira dalam pelbagai aspek termasuk kandungan WhatsApp dan individu lain yang pernah dihubungi mangsa atau guru terbabit.

“Kita juga meminta individu yang pernah dihubungi supaya tampil membantu polis untuk menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Ramadan Perdana Peringkat Kontinjen Kelantan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-217 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Kosmo! Online semalam melaporkan, Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah mengarahkan siasatan segera ke atas seorang guru yang didakwa melakukan pedofilia di MRSM Tumpat.



Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pasukannya bakal melawat MRSM tumpat dalam masa terdekat untuk melakukan siasatan.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading