Lim Kit Siang akan ketuai kempen PH di PRN Johor?
Oleh – Amran Klebang
Berita mengenai Pilihanraya Negeri Johor-PRN Johor sedang hangat berlegar dalam media sosial termasuk media cetak dan audio visual. Ini berikutan majoriti tipis kerajaan dan pembangkang yang hanya dipisahkan dengan kelebihan 1 kerusi.
Sebagaimana diketahui ramai, PRN Melaka telah menyaksikan kebangkitan semula Barisan Nasional yang menang bergaya dengan 21 kerusi sekaligus menafikan kekuatan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.
Kempen PH di Melaka juga menyaksikan kegagalan Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Kegagalan ini wajar di tebus kembali oleh Lim Kit Siang jika PRN Johor berlangsung dalam masa terdekat.
14 kerusi milik DAP dalam Dun Johor bukan sesuatu yang boleh dipandang mudah pihak lawan. DAP sudah pasti akan mempertahankan rekod mereka untuk menjadi kuasa dominan dalam PH.
Veteran DAP itu mempunyai pengalaman yang cukup hebat bagi mengendalikan kempen pilihanraya. Beliau jauh lebih hebat dari Anwar mahupun Mohamad Sabu serta anaknya Lim Guan Eng.
Mungkin ramai tidak tahu pengaruh Lim Kit Siang terhadap pengundi kaum Cina samada tua atau muda sangat kuat kerana kedudukannya dalam parti dihormati ramai.
Bayangkan dengan karier politik berdekad lamanya, apa sahaja ‘kuntau’ kempen pilihanraya yang tidak pernah dihadapi Kit Siang?
Sebagai penghormatan atas jasa-jasa beliau yang pernah mempromosi ‘Malaysia Baru’ bersama Mahathir dan Muhyiddin ketika dalam PH, elok jika Anwar memberi laluan kepada Lim Kit Siang mengepalai kempen PRN Johor.
AMANAH dijangka tewas 6 kerusi Dun Johor