Wanita basuh coli setahun sekali
Seorang wanita menimbulkan perdebatan di media sosial apabila mendedahkan bahawa rakannya mengaku hanya membasuh coli setahun sekali, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.
Wanita yang menggunakan akaun @desyr.reviews memberitahu, dia terdiam apabila diberitahu tentang perkara itu dan menimbulkan rasa ingin tahu mengenai tabiat membasuh bra wanita lain.
“Kawan saya pernah mengaku bahawa dia cuma basuh pakaian dalamnya iaitu bra setahun sekali.
“Saya terkejut dan tertanya-tanya, berapa kerapkah bra atau coli sepatutnya dibasuh?” katanya dalam satu rakaman video di TikTok.
Video itu mendapat pelbagai reaksi dan komen yang menyatakan rasa geli dan mengecam tindakan rakan wanita itu yang disifatkan sebagai pengotor.
“Saya tidak boleh simpan apa-apa pakaian yang sudah dipakai sekali, apatah lagi mengeramnya selama setahun,” komen seorang pengguna media sosial.
Ketua Pegawai Eksekutif Laundryheap, Deyan Dimitrov menyarankan bahawa pengguna perlu mencuci coli selepas dipakai tiga kali atau sekali hingga dua kali seminggu.
‘Membiarkan bra yang tidak dibasuh lebih lama akan mengumpulkan bakteria, peluh dan kulit mati dan menyebabkan coli anda menjadi berbau, malah boleh menyebabkan jerawat badan.
‘Gagal mencuci coli anda juga akan mengakibatkan kulat dan yis terkumpul dalam gentian,” tegasnya.
– Agensi