Remaja hilang sejak Isnin ditemukan lemas

Remaja hilang sejak Isnin ditemukan lemas

Remaja hilang sejak Isnin ditemukan lemas
Mayat mangsa ditemui pasukan bomba pada hari ketiga operasi SAR. – Foto ihsan JBPM

KOTA BELUD: Remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang pada Isnin lalu ketika bermandi-manda bersama keluarga di sungai berhampiran sebuah pusat pelancongan, Kampung Ratau, di sini, ditemukan lemas, hari ini.

Mayat mangsa warga tempatan dikenali sebagai Qiezlle Uyiko, dijumpai pada jam 10.20 pagi oleh pasukan bomba yang meneruskan hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun, berkata mayat mangsa ditemui kira-kira lima kilometer dari Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).



“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya sambil memaklumkan operasi SAR ditamatkan pada jam 12 tengah hari.

Isnin lalu, pihak bomba menerima laporan pada jam 2.49 petang bahawa seorang remaja perempuan dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika bermandi-manda bersama keluarga di lokasi kejadian.

Remaja hilang sejak Isnin ditemukan lemas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading