Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam tandas

 

Kebimbangan seorang anak selepas bapanya berada di tandas tidak menyahut panggilannya berakhir duka apabila lelaki warga emas itu ditemukan meninggal dunia di Taman Guru, di sini, hari ini.

Difahamkan, mangsa, Ling Chee Moh, 63, sudah beberapa jam berada dalam tandas membuatkan anaknya bimbang sebelum menghubungi pasukan penyelamat untuk mendapatkan bantuan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Manjung menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 9.38 pagi.

Katanya, setibanya di lokasi pihaknya mendapati seorang lelaki warga emas terkunci di dalam tandas.

“Bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi tamat jam 10.31 pagi,” katanya.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button