Saya yakin ada orang nak kenakan saya – Ebit Lew

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dihadapkan ke mahkamah di Tenom, Sabah semalam dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.

Bagaimanapun, Ebit menyifatkan tuduhan itu merupakan dakwaan tidak berasas yang dirancang oleh pihak tertentu untuk menghentikan usahanya melakukan aktiviti kebajikan.

“Saya yakin dan percaya, tuduhan itu dibuat oleh satu kumpulan yang merancang untuk mengenakan saya,” katanya.



Menurut Ebit, dia mengetahui hal tersebut beberapa hari lalu sebelum diminta tampil ke mahkamah pada hari ini dan yakin bahawa dirinya tidak bersalah.

“Saya baru tahu beberapa hari lalu ketika membuat kerja amal di Sabah, agak terkejut juga. Saya bukannya datang ke Sabah untuk hal itu (didakwa di mahkamah).

“Saya yakin tidak bersalah dan akan lalui ujian ini sebaiknya. Saya serahkan semua hal kepada peguam dan gembira lalui situasi ini di mahkamah,” katanya.

Semua pertuduhan itu adalah di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Kosmo


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading