Jaga SOP, pihak produksi AJL36 hanya hadkan 200 penonton sahaja

Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL) yang akan bersiaran langsung pada 6 Mac depan dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur membawa kembali kehadiran penonton secara fizikal selepas diadakan secara virtual pada edisi yang lalu.

Bertemakan ‘Ini Rentak Kita’ yang menyatukan 12 lagu daripada genre muzik yang berbeza menerusi gabungan rentak 12 buah lagu AJL 36, kehadiran penonton itu kelak tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard yang ketat.

Bagi AJL 36 hanya 200 orang penonton sahaja dibenarkan masuk terdiri daripada mereka yang mempunyai jemputan khas dan perlu menjalani ujian swab RTK bagi tujuan pengesahan.



AJL 36 menampilkan gandingan hos Alif Satar dan Nabila Huda secara langsung di TV3 untuk mengemudikan acara kemuncak. Karpet Merah AJL 36 pula akan dihoskan oleh Sissy Imann dan Sean LJE yang akan bersiaran di TV9 dan Youtube TV3 Malaysia, dari pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam.

Juara Lagu akan memenangi RM100,000 bersama trofi, naib juara akan memenangi RM 50, 000 bersama trofi dan pemenang tempat ketiga akan memenangi RM 30, 000 bersama trofi. Manakala, pemenang Vokal Terbaik akan menerima RM12, 000 dan trofi, pemenang kategori Persembahan Terbaik bakal menerima RM12, 000 dan trofi serta hadiah wang tunai RM 6,000 daripada NOIR Beauty Essence.

 

Murai.my



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button