Perikatan Nasional belum ada calon Menteri Besar Johor
Calon Perikatan Nasional N07 Bukit Kepong, Dato Dr Sahruddin Jamal mengesahkan parti itu masih belum ada nama calon Menteri Besar Johor.
Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas proses penamaan calon di IKBTN Pagoh semalam.
Dr Sahruddin sebelum ini merupakan Menteri Besar Johor Ke-17 selepas Pakatan Harapan menang PRU14 pada 2018. Beliau memegang tampuk kerajaan negeri bermula 14 April 2019 – Februari 2020 bagi menggantikan Dato Osman Sapian.
Perikatan Nasional yang diterajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM bertanding di semua 56 kerusi Dun Johor bersama PAS dan Gerakan.
Sebagai rekod, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempertahankan kerusi Gambir pada PRN Johor.
Sahruddin yang juga penyandang Bukit Kepong akan berdepan dengan 3 pencabar dari MUDA, Barisan Nasional dan PEJUANG.
Syed Saddiq bacul, tidak berani bertanding PRN Johor