Penjawat awam sedia ada pilih pencen tidak terjejas

Oleh – Syeikh Baran


 

Penjawat awam sedia ada pilih pencen tidak terjejas
Amir Hamzah

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan komited memastikan kebajikan dan kesejahteraan penjawat awam dan pesara sentiasa terbela.



“Saya ingin menekankan daripada segi pencen kerajaan tidak berhasrat untuk mengubah (skim pencen) kepada mereka yang dah ada, jadi kalau penjawat awam itu dah bekerja dengan kerajaan tiada apa akan bertukar.

“Untuk mereka yang baru masuk, dia akan masuk secara kontrak buat masa sekarang.

“Siapa yang dah ada dalam sistem sekarang kita tidak ubah, itu adalah janji yang kita telah buat,” katanya pada sidang akhbar pertamanya selepas dilantik menyertai Kabinet pada 12 Disember lalu di sini tadi.

Mengulas lanjut, katanya, daripada segi pengurusan kewangan negara pula, sejumlah 48 peratus Belanjawan disalurkan kepada emolumen dan pencen.



“Jika dapat ringankan beban yang ada, boleh salur kelebihan itu kepada bahagian lain yang penting untuk rakyat dan negara seperti pendidikan dan kemudahan infrastruktur yang lebih baik,” katanya.

Selasa lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam dalam satu surat pekeliling bertarikh 15 Januari 2024 menyatakan suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan ke arah mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di Malaysia.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading