Kes bunuh diri di Singapura meningkat

Kes bunuh diri di Singapura meningkat

Kes bunuh diri di Singapura meningkat
KES bunuh diri di Singapura meningkat sebanyak 25.9 peratus pada tahun lalu. – AFP

SINGAPURA: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan Samaritans of Singapore (SOS) mendedahkan peningkatan ketara kes bunuh diri membabitkan semua peringkat umur di republik itu.

Statistik terkini menunjukkan sejumlah 476 kes bunuh diri dilaporkan di Singapura pada tahun lalu.

Angka itu dikatakan mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih 20 tahun.



SOS dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah kes bunuh diri tahun lalu mencatatkan `peningkatan membimbangkan’ iaitu setinggi 25.9 peratus berbanding 378 kes dilaporkan pada 2021.

Pertubuhan itu memetik data yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?



 

Menurut SOS, masalah keluarga, pekerjaan, kewangan dan hubungan cinta merupakan antara isu kerap dikemukakan oleh individu yang mendapatkan perkhidmatan pertubuhan itu.

Jelasnya, terdapat peningkatan kes bunuh diri merangkumi pelbagai peringkat umur terutamanya dalam kalangan belia dan warga emas.

Kes bunuh diri kekal sebagai punca utama kematian bagi golongan muda berusia 10 hingga 29 tahun selama empat tahun berturut-turut.



Kira-kira satu pertiga daripada semua kematian bagi kumpulan usia itu yang dilaporkan membabitkan kes bunuh diri.

Golongan berusia antara 70 hingga 79 tahun pula mencatatkan kenaikan paling ketara iaitu sebanyak 60 peratus dalam kes bunuh tahun lalu berbanding 2021.

Tambah SOS, warga emas sering mendapatkan bantuan bagi masalah kesihatan, keluarga dan rasa kesunyian.

Daripada jumlah kes kematian akibat bunuh diri dilaporkan tahun lalu, seramai 317 adalah lelaki sementara baki 159 merupakan wanita.



“Pada peringkat global, kes bunuh diri dalam kalangan lelaki secara konsisten melebihi bilangan kes membabitkan golongan wanita.

“Kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kadar bunuh diri yang tinggi termasuk jangkaan masyarakat dan stigma kesihatan mental,” jelas SOS.

* PENINGKATAN MEMBIMBANGKAN

Sementara itu, perunding kanan dan pengarah perubatan Connections MindHealth, Dr. Jared Ng berkata, kadar bunuh diri yang mencecah paras tertinggi tidak pernah berlaku sebelum ini.

Malah, beliau juga menyifatkan peningkatan itu sebagai amat menyedihkan dan membimbangkan.



“Peningkatan ini memberi gambaran bahawa masalah tekanan mental yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar membelenggu masyarakat negara ini terutamanya golongan muda dan warga emas.

“Justeru, amat penting untuk kekal berwaspada terhadap isu-isu yang menjejaskan kesihatan mental seperti rasa terpinggir dan kesunyian.

“Kita perlu menggandakan usaha agar pencegahan awal dapat dilakukan dan secara aktif menggalakkan perbuatan mendapatkan bantuan serta menjaga sesama diri,” katanya. – AGENSI

Kes bunuh diri di Singapura meningkat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading