Fuad yakin Bukit Naning kembali kepada BN
Calon N14 Bukit Naning, Datuk Fuad Tukirin meletakkan keyakinan beliau pengundi Bukit Naning akan memulangkan kerusi tersebut kepada BN pada 12 Mac 2022.
Fuad yang mempunyai visi untuk anak muda Bukit Naning selain menaiktaraf perkhidmatan buat semua warga Bukit Naning.
Fuad yang juga anak jati Bukit Naning mahu membawa pembaharuan memandangkan Bukit Naning terletak agak jauh dari pembangunan bandar.
Ketua Bahagian Umno Bukit Naning itu juga enggan menjanjikan bulan dan bintang sepertimana dilakukan pihak lain sebelum ini.
Beliau berkeyakinan anak muda sudah sedar siapa yang mampu membela nasib mereka di masa hadapan.