Pengundi Simpang Jeram lebih kenal BN

Bagi calon BN, Datuk Lokman Md Don pengundi Dun N13 Simpang Jeram lebih mengenali Barisan Nasional-BN daripada parti-parti lain.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam satu majlis. Menurut Lokman lagi beliau selaku penyelaras DUN Simpang Jeram, BN tidak pernah berhenti bertemu dan membantu pengundi sejak mula kalah pada 2018 dan ini merupakan faktor mengapa BN lebih dikenali.



Beliau juga yakin anak muda mula menerima kehadiran BN yang sentiasa menjaga kebajikan pengundi walau tidak menunjukkan diri dalam majlis politik. Lokman berkata selari dengan tekonoli terkini, anak muda lebih memerhatikan politik menerusi media sosial dan mereka mempunyai pertimbangan sendiri.

Penyandang kerusi Simpang Jeram sekarang adalah Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Salahuddin Ayub yang juga merupakan ahli parlimen Pulai.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button