Haji Ismail tidak gentar berdepan bekas Menteri Besar di Bukit Kepong

Bagi calon N07 Bukit Kepong, Haji Ismail Mohamad tidak ada yang perlu beliau gentarkan apabila berdepan bekas Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin dari Perikatan Nasional.

Menurut Haji Ismail lagi, Sahruddin yang pernah berada bersama dalam Umno sama seperti calon lain yang perlu bersaing bagi mendapatkan undi.

Bekas Adun Bukit Serampang itu juga menyatakan beliau yakin masyarakat Bukit Kepong mengenali beliau dengan baik dan mereka akan memeri kepercayaan kepada BN.

Bagi Ismail, pengundi sendiri sedar pihak mana yang mampu membawa pembangunan yang lebih mapan kepada pengundi Bukit Kepong.

Calon Bukit Kepong itu juga menekankan perbandingan pemerintahan Pakatan Harapan dengan Barisan Nasional kepada anak muda yang akan mengundi buat kali pertama.

Leave a Reply