Ubat batuk tercemar: Polis siasat salah laku pegawai selia

Ubat batuk tercemar: Polis siasat salah laku pegawai selia

Ubat batuk tercemar: Polis siasat salah laku pegawai selia
POLIS tidak menolak kemungkinan wujud salah laku dalam kalangan pegawai selia ubat batuk hingga mengakibatkan ubatan itu tercemar. – AGENSI

JAKARTA: Polis Indonesia menjalankan siasatan mengenai kemungkinan wujudnya salah laku dalam kalangan pegawai pengawal selia ubat-ubatan berikutan kematian 200 kanak-kanak di negara ini akibat termakan sirap batuk tercemar.

Pemeriksaan polis terhadap Badan Pemantau Ubat dan Makanan Indonesia (BPOM) merupakan perkembangan terbaharu oleh negara-negara yang menuntut pihak bertanggungjawab berhubung ubat batuk tercemar yang dikaitkan dengan kematian puluhan lagi kanak-kanak di Gambia dan Uzbekistan tahun lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini bekerjasama dengan banyak negara untuk menyiasat rantaian bekalan farmaseutikal global bagi pengedaran sirat terbabit.



Pada akhir tahun lalu, polis menahan dan mendakwa lapan individu dalam syarikat di negara ini yang mengimport dan mengedar bahan mentah kepada pembuat ubat-ubatan.

Hasil siasatan mendapati ubat batuk dihasilkan mengandungi bahan kimia beracun gred industri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi UMNO Menghalakan Serangan Ke Arah Yang Salah




Ketua Penyiasat Polis bagi kes itu, Andika Urrasyidin memberitahu Reuters, pasukannya memanggil ramai pegawai BPOM untuk disoal siasat dengan siasatan masih dijalankan.

“Kami masih menelitinya. Namun jika ada tindakan, maka perlu ada pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Pengarah Unit Pengesanan Jenayah, Polis Indonesia, Hersadwi Rusdiyono, berkata pegawai BPOM disoal siasat sebagai saksi, tetapi penyiasat kini sedang menyiasat sama ada ada wujud sebarang salah laku oleh pengawal selia ubat-ubatan.

“Kami menyiasat peranan mereka sebagai pengawal selia, sama ada mereka menjalankan penyeliaan dan jenis penyeliaan.



“Mereka hanya disoal siasat sebagai saksi, kami sedang menyelaras dengan pihak pendakwa,” katanya.

Hersadwi berkata, siasatan setakat ini tertumpu kepada kakitangan di peringkat bawahan dan tidak termasuk Ketua BPOM, Penny Lukito.

Ubat batuk tercemar: Polis siasat salah laku pegawai selia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selamat Tinggal Sanusi Md Nor




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading