Aedy Ashraf Buat Kejutan Dekat Pelajar Sekolah Menyanyi Lagu ‘Tentang Bulan’ Raih Perhatian! [VIDEO]

Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon lelaki kacak Malaysia satu ini, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi atau lebih dikenali sebagai Aedy Ashraf. Dia memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan seawal umur 10 tahun ketika membintangi filem komedi Jutawan Fakir yang digandingkan bersama Saiful Apek, Waheeda, Bob Kuman serta Farid Kamil.

Namanya terus meningkat naik apabila dia membawa watak Mawi di dalam filem Tentang Bulan yang mendapat sambutan luar biasa. Sehingga ke hari ini, netizen masih mengingati filem berkenaan. Aedy Ashraf juga seorang yang tidak sombong dengan peminatnya menjadikan dirinya muda di dekati dan disayangi ramai.

“Dialah Watak Mawi Yang Ramai Suka Dulu Tu”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @mrsrenjanayanieza yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 560 ribu, tanda suka sebanyak 29 ribu dan sebanyak 155 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Aedy Ashraf yang membuat kejutan dengan menyanyikan lagu Tentang Bulan buat pelajar sekolah yang kebetulan berada berhampiran dengan set penggambaran lakonannya itu.

“Kebetulan tengah shooting semalam tiba-tiba terdengar adik-adik sekolah yang tengah camping menyanyi lagu tentang bulan”

“So alang-alang aku join diorang nyanyi bagi suprise sikit”-Tulis Aedy Ashraf

@mrsrenjanayanieza

Menggamit kenangan 🥰 #aedyashraf #tentangbulan #mawi #fyp #foryoupage

♬ original sound – I Renjana You – I Renjana You

Rata-rata ramai yang komen bahawa mereka teruja serta masih mengingati watak Aedy Ashraf di dalam filem tersebut.

“Lagu tentang bulan Mawi comel sangat, sekarang lagi hensem Mawi Aedy”

“Dengar lagu ni terus rindu dengan filem tentang bulan”

“Tengah menyanyi tetiba artis datang sambung, seronok!”-kata mereka

Aedy Ashraf Buat Kejutan Dekat Pelajar Sekolah Menyanyi Lagu ‘Tentang Bulan’ Raih Perhatian! [VIDEO]
VIA TIKTOK

Apa-apa pun, itu hanyalah sekadar hiburan dari Aedy Ashraf untuk menghiburkan pelajar-pelajar sekolah yang kebetulan berada di situ.

Aedy Ashraf Buat Kejutan Dekat Pelajar Sekolah Menyanyi Lagu ‘Tentang Bulan’ Raih Perhatian! [VIDEO]

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Nasib UMNO Dalam Rombakan Kabinet

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button