Hanya seorang Melayu dalam CEC DAP

 

Sesi pemilihan CEC DAP 2022 telah menyaksikan pelbagai peristiwa menarik dalam perjalanan politik parti DAP itu sendiri.



Sebanyak 30 individu mengisi kedudukan dalam CEC DAP 2022 namun paling menarik perhatian ialah hanya seorang Melayu sahaja mengisi slot dalam kepimpinan tertinggi DAP.

Young Syefura Othman, 32 tahun telah berjaya memperolehi 991 undi bagi mengisi kedudukan ke-24 dalam CEC DAP.

APA YANG MENARIK CEC DAP KALI INI?

 

  • Lim Kit Siang berundur dari politik namun kekal sebagai Penasihat DAP.
  • Lim Guan Eng bukan lagi Setiausaha Agung DAP sebaliknya menjadi Pengerusi DAP Kebangsaan
  • Gobind Singh Deo menang tempat pertama CEC DAP namun hanya diberikan jawatan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan
  • Kumpulan Pro-Perikatan Nasional disingkirkan dari mendapat tempat di CEC DAP
  • Hanya seorang sahaja dari kaum Melayu mendapat tempat dalam CEC DAP
  • Hanya 2 individu kaum India dalam CEC DAP

 



Sebagai sebuah parti yang mendakwa mereka adalah parti politik pelbagai kaum, pemilihan CEC kali ini menampakkan wajah sebenar DAP.

Daripada 30 slot jawatan, 26 slot jawatan dikuasai kaum Cina dan ini bukan satu mesej yang baik untuk dijadikan modal politik DAP dalam berdepan PRU15.

Keberadaan Young Syefura dalam CEC DAP nampaknya sekadar mengisi tempat bagi menjaga hati pengundi Melayu DAP dan tidak lebih dari itu.



Imej beliau hanya digunakan DAP untuk menarik undi dan sokongan kaum Melayu. Ini bagi memastikan sokongan kaum Melayu konsisten kepada DAP.

YOUNG SYEFURA BAKAL KALAH PRU15 DI PAHANG

Selaku Adun Ketari, Syefura dijangkakan akan kalah jika masih bertanding di DUN Ketari pada PRU15. 

Kekalahan itu akan dijadikan alasan kukuh untuk menyingkirkan Syefura dari kedudukan CEC DAP pada masa akan datang.

Ini memudahkan perancangan DAP memasukkan wajah baru yang lebih segar dan mampu menarik perhatian anak muda terhadap DAP.



Populariti Syefura mula merudum selepas beliau mengambil keputusan mengakhiri zaman ‘bujang’ dan ini meresahkan perancangan DAP menarik perhatian anak muda.

Oleh demikian, mereka memerlukan seorang individu yang lebih muda dan masih ‘single’ sebagai ikon baru menarik perhatian kaum Melayu.

Pengundi DAP khususnya kaum Melayu wajar memikirkan apakah DAP benar-benar sebuah parti yang tidak mengamalkan sikap rasis dan memberi ruang dan peluang samarata terhadap semua kaum?

 



 

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading