Resepi Lepat Pisang Sedap
🍌RESEPI LEPAT PISANG🍌-
🍌Bahan2-
15 biji pisang emas
1 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula (boleh kurang/tambah)
Secubit garam
Daun pisang (layurkan sekejap atas api dan potong selebar tapak tangan)
.
🍌Cara2-
🍌1. Lenyek pisang (tak perlu terlalu halus)Masukkan gula dan garam dan gaul sebati.
🍌2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.Gaul rata
🍌3. Letakkan sedikit adunan ke atas daun pisang.
🍌4. Kemudian lipat dan buat hingga habis
🍌5. Panaskan pengukus, pastikan air mendidih terlebih dahulu.
🍌6. Kukus hingga masak (kukus lebih kurang selama 12-15min sahaja)
.