Diana Danielle Tetap Mahu Sambung A-Level Dan Diploma Serentak Dalam Biokimia Dan Psikologi

Diana Danielle Tetap Mahu Sambung A-Level Dan Diploma Serentak Dalam Biokimia Dan Psikologi

Diana Danielle Tetap Mahu Sambung A-Level Dan Diploma Serentak Dalam Biokimia Dan Psikologi

Jangan pernah jadikan umur tua atau muda sebagai penghalang atau alasan untuk anda mencapai kejayaan.

Bahkan usah biar mana-mana pihak memberitahu masa kemuncak anda sudah berlalu.



Berbahas soal ini, biarpun dianggap bodoh atau mungkin sudah berusia, semua itu tidak menghalang pelakon Diana Danielle untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Kali ini, pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson, 33, bakal mengikuti A-Level dan Diploma secara serentak dalam jurusan Biokimia dan Psikologi serta Pengurusan Perniagaan.

“Saya mula belajar kembali. A-Level dan diploma sekali jalan.

“Sesetengah orang cakap bodoh tetapi saya panggil ini ‘thrist trap’ (perangkap) dalam versi pendidikan.



“Untuk konteks, dulu saya pernah masuk Bioteknologi tetapi sangat jauh dengan minat sebab mak suruh. Sekarang, saya buat Biokimia dan Psikologi dalam A-Level serta Pengurusan Perniagaan bagi diploma,” katanya menerusi aplikasi X.

Dalam masa sama, isteri kepada aktor Farid Kamil itu turut memaklumkan perancangannya selepas menghabiskan A-Level dan diploma.

“Rancangannya, saya akan meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Neurosains dan juga menyambung diploma dalam bidang pemasaran.

“Jangan risau, saya boleh habiskan semua ini dalam masa saya sendiri kerana saya sudah ada karier yang kukuh untuk menyelamatkan saya.



“Saya akan berkongsi hari gembira dan buruk menjadi pelajar di sini (laman X). Luangkan masa anda untuk buat saya rasa macam ada salah tetapi apa yang terbaik percaya bahawa saya akan tunaikan janji saya,” ujarnya.

Bagaiamanapun, Diana tidak berkongsi institusi pengajian yang dipilih untuk menyambung pengajiannya kelak.

Terdahulu, pelakon filem Imaginur itu pernah mengikuti kursus jangka pendek di Amerika Syarikat dalam bidang penerbitan filem.

Diana Danielle Tetap Mahu Sambung A-Level Dan Diploma Serentak Dalam Biokimia Dan Psikologi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa sudahnya kisah Rohana dan wang 1MDB?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button