Masyarakat Malaysia tak boleh terima – Didie Alias ulas isu babak panas Zul Ariffin

Sebagai pelakon yang lebih berpengalaman, Didie Alias turut berkongsikan pandangannya ketika ditanya pihak media berhubung isu hangat melibatkan babak panas yang dilakonkan Zul Ariffin bersama pelakon baharu, Siti Hariesa.

Menurut Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd Ali, 49, babak sedemikian sememangnya tidak boleh diterima masyarakat di Malaysia biarpun bagi pihak produksi ia hanya akan digunakan sebagai bahan promosi sesebuah naskhah tersebut.

“Untuk pasaran Malaysia, masyarakat Malaysia (memang) tak terima dan tak boleh (terima lakonan babak panas).



“Walaupun penerbit itu kawan saya tak kisahlah nama dia siapa, mungkin dia boleh fikir kot.

“This is stupid content, realiti program (sekarang) pun entah apa-apa mereka buat untuk content.

“Saya tak marah tapi kita kena educate (masyarakat dengan benda-benda baik),” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk kecantikan, Aisel di Kuala Lumpur baru-baru ini.



Video babak panas drama Perempuan Itu dikongsikan di laman Instagram Zul pada malam Jumaat lalu sebelum Zul membuangnya selepas video tersebut menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Babak yang dikongsikan itu dikatakan tidak akan dimasukkan ke dalam drama terbitan Erma Fatima itu sebaliknya hanya dijadikan sebagai bahan promosi semata-mata.

Sementara itu mengulas mengenai pelantikannya sebagai duta Aisel, Didie berkata, “Ini merupakan tawaran yang menggembirakan buat saya. Siapa sangka, dalam usia 49 tahun ini, masih ada jenama penjagaan wajah yang sudi memilih saya sebagai duta mereka.



Didie bersama pengasas Aisel, Madam Aisel.

“Kegembiraan itu saya ingin kongsikan bersama peminat saya di luar sana tidak kira wanita mahupun lelaki untuk sama-sama memiliki kulit wajah yang cantik dengan menggunakan produk keluaran Aisel.

“Bagi saya mudah sahaja, kecantikan itu adalah kunci utama buat wanita dalam segenap usia,” katanya.

Produk keluaran Aisel yang diformulisasikan dari Korea Selatan itu diperbuat sepenuhnya dari bahan semula jadi seperti ekstrak tumbuh-tumbuhan seperti teh hijau, biji bunga teratai, kulit beras dan shea butter. – my-tv online




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading