Cuckoo optimis pertumbuhan dua angka

CUCKOO International optimis untuk mencapai pertumbuhan dua angka bagi pendapatannya tahun ini disokong menerusi pengenalan pelbagai pelan langganan mampu milik.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, KC Hoe berkata, Cuckoo International berjaya mencapai peningkatan pendapatannya iaitu RM1.13 bilion bagi tahun kewangan 2021.

Katanya, keputusan kewangan keseluruhan kukuh tahun lalu membuktikan produk Cuckoo International menjadi pilihan rakyat Malaysia.



“Pencapaian kukuh kami pada 2021 termasuk rekod baharu pertumbuhan hasil, dipacu permintaan tinggi rakyat Malaysia terhadap tawaran dan penyelesaian yang lebih sihat, dengan produk lebih mampu milik dan mudah diakses dengan konsep model langganan fleksibel kami.

“Bagi memenuhi permintaan ini, kami sudah membangunkan pelbagai pelan langgan di bawah GOOOPLAN bagi menyediakan pelanggan dengan pelbagai pilihan pelan bayaran yang berpatutan.

“Malah, lebih 90 peratus pelanggan kami melanggan perkhidmatan berasaskan sewaan dan ini sudah melonjakkan momentum serta pertumbuhan perniagaan berasaskan sewaan,” katanya.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button