Status Greenwood cetus tanda tanya

 

Manchester United menegaskan tidak ada perubahan dalam status Mason Greenwood di kelab itu.

Pemain 20 tahun itu digantung sejak Januari selepas ditahan atas dakwaan menyerang dan merogol seorang wanita.



Dia dibebaskan dengan jaminan, dan kelab mengeluarkan kenyataan yang Greenwood tidak akan berada dalam senarai skuad sehingga kes itu selesai.

Bagaimanapun peminat mendapati nama Greenwood masih boleh dilihat di laman sesawang kelab – sekali gus menimbulkan spekulasi yang dia akan kembali diturunkan.

Man United terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi menyangkal dakwaan berkenaan.

“Tidak ada perubahan berkenaan status Mason. Kami mengeluarkan profilnya daripada aplikasi kelab sejurus selepas dia dikeluarkan daripada skuad pada Januari.



“Ia bagi mengeluarkan Mason daripada elemen interaktif aplikasi itu, seperti ramalan pasukan.

“Bagaimanapun profilnya tidak pernah dikeluarkan daripada laman sesawang kerana dia masih kekal sebagai pemain Manchester United, walaupun tidak berada dalam skuad sementara kesnya dibicarakan,” kata United dalam satu kenyataan.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading