Ada arahan lanjut perlu diambil tindakan – Polis

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes kematian bayi, Nour Rania Asyifaa Yuseri pada Februari lalu, yang dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri Sembilan sebelum ini telah dikembalikan dengan beberapa arahan lanjut perlu diambil tindakan bagi melengkapkan siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata polis mengambil masa menyiasat kes itu kerana perlu mendapatkan beberapa laporan daripada agensi berkaitan bagi memastikan siasatan dibuat secara menyeluruh, adil dan saksama.

“Polis tidak pernah sesekali menafikan hak sesiapa dalam menjalankan siasatan kes ini mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, dan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip undang-undang ‘justice delayed is justice denied’,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.



Beliau berkata, polis juga mengambil maklum kerisauan keluarga mangsa dan orang ramai berkaitan siasatan kes berkenaan.

“Polis menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi, dan memberikan ruang serta masa bagi memastikan siasatan dibuat secara komprehensif dan holistik,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan dalam kejadian 22 Februari lalu, seorang bayi perempuan berusia 15 bulan meninggal dunia selepas dipercayai kepalanya tersangkut pada kain buaian di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Sendayan, Seremban.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, dipetik sebagai berkata Nour Rania Asyifaa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Sendayan pada jam 4.30 petang selepas seorang wanita yang juga pengasuhnya membawa mangsa ke klinik itu untuk rawatan.



BERNAMA


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading