Fatin amat kecewa dengan KOM

FATIN sepatutnya layak beraksi ke Sukan Sea Hanoi. FOTO Agensi

Kuala Lumpur: Kecewa dan terkilan masih lagi tertanam di sanubari atlet pecut remaja wanita negara, Fatin Ilyana Mat Nayan apabila tidak disenaraikan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) ke temasya Sukan Sea Hanoi, bulan depan.

Apatah lagi hingga sekarang, tiada sebarang penjelasan atau panggilan telefon daripada pihak berkenaan untuk cuba menjernihkan keadaan.

Namun jika berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk SM Muthu di media baru-baru ini, jelas ia adalah sesuatu yang tidak kena kerana bercanggah dengan kenyataannya beliau sendiri sebelum ini membuatkan atlet berusia 19 tahun itu lebih kecewa.



“Jujur saya cakap, ketika ini saya sangat kecewa dan berasa sedih sangat. Segala usaha saya untuk cuba melayakkan diri ke temasya Sukan Sea musnah.

“Tambah mengecewakan apabila Datuk Muthu memaklumkan bahawa pemilihan terakhir atlet adalah ketika Kejohanan Kuala Lumpur All Comers dan ketika itu saya dan catatkan masa bawa 12 saat.

“Kemudian beliau memberi maklum balas di media yang mengatakan saya catatan masa yang saya buat itu tak boleh diterima sebab catat masa selepas tarikh kelayakan dan pendaftaran.

“Bukan sekali tapi dua kali kali dah saya buktikan, saya dapat kalahkan pelari senior (S Komalam Sally) tapi akhirnya pencapaian saya ini macam tak ada makna ” katanya.



Namun Fatin berkata, dia akan cuba kembali bangkit untuk terus mencipta nama dalam sukan olahraga yang mula diceburi sejak usia sembilan tahun itu.

Katanya, dia bersyukur apabila ramai yang tampil memberikan kata-kata semangat dan perangsang untuk melupakan episod duka itu.

Terdahulu nama Fatin menarik perhatian apabila diketepikan dalam skuad olahraga negara.

Malah, isu membabitkan pemilihan atlet kuartet 4x100m wanita negara juga mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.



Berdasarkan rekod atlet dari Kedah itu layak berada dalam skuad 4x100m wanita apabila muncul antara empat pelari mencatatkan keputusan terbaik peribadi dengan larian 12s ke bawah ketika Kejohanan Kejohanan FT All Commers hujun bulan lalu.

Berdasarkan catatan terbaik musim ini, Zaidatul Husniah Zulkifli, 29, mempunyai pencapaian terbaik dengan catatan 11.62s, diikuti dua atlet berusia 22 tahun – Nor Sarah Adi (11.89s) dan Azreen Nabila Alias (11.90s) – serta Fatin Ilyana (11.97s).

Bagaimanapun KOM hanya mendaftarkan nama Azreen; Zaidatul Husniah; Komalam; Siti Fatima Mohamad; Mur Aisyah Rofina Aling dan Nor Sarah Hadi.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading