Resepi Wantan Mee Kicap & Sup Dumpling

 

Wantan Mee Kicap

Bahan² Mi Wantan Kicap:
Mi Wantan – ( dicelur & letakkan sedikit minyak untuk x melekat )
Sos Tiram
Kicap
Minyak Bijan

Cara²nya :
Satukan kesemua bahan ( Sos Tiram, Kicap, Minyak Bijan ) di dalam bekas. Kemudian, masukkan Mi Wantan yang telah dicelur ke dalam bekas yang berisi bahan² kicap tadi. Gaul rata sehingga semua sebati & kicap meresap elok ke dalam Mi Wantan tadi.

Bahan² sampingan :
Sawi / Pak Choy – dicelur seketika
Cendawan Shitake Kering – direndam dalam air panas sehingga lembut. Toskan lebihan air

Bahan² untuk inti Dumpling :

Isi Ayam / Isi Udang
Cendawan Shitake Kering – direndam dengan air panas, toskan lebihan air.
Daun Bawang
Lobak Merah – ( dipotong dadu kecil² )
Bawang Merah/Bawang Holland – ( dipotong dadu kecil² )
Lada Sulah
Sos Tiram
Garam
Kiub Ayam / Stok Ayam
Tepung

Cara²nya :

Kisar halus isi ayam/isi udang dengan cendawan shitake kering yang telah direndam tadi. ( Kalau nak senang, kisar sekali dengan isi ayam/isi udang tapi kalau x potong dadu kecil² ) bersama sedikit garam, sos tiram, lada sulah, kiub ayam/stok ayam.

Kemudian masukkan lobak merah, daun bawang serta bawang yang telah dipotong tadi serta sedikit tepung. Gaul rata untuk pastikan semuanya sekata.

P/S : Pastikan inti dumpling xpenuh sangat sebab kulit dumpling mudah terkoyak. Gunakan 1 sudu kecil je untuk letak inti tu.

Lekatkan kulit dumpling tu gunakan air & tekan sedikit untuk padatkan dan kemaskan inti di dalam kulit dumpling tersebut. Kemudian, boleh kukus dalam 20 minit.

Bahan² untuk Sup Dumpling :

Kiub Ayam/Stok Ayam
Air
Kobis Cina panjang ( jika suka )
Dumpling – ( yang telah dikukus )
Daun Bawang
Bawang Goreng

Cara²nya :

Masukkan air, kiub ayam/stok ayam, kobis panjang ( jika suka ) dan dumpling yang telah dikukus tadi. Renehkan seketika sehingga mendidih dan boleh dihidangkan dengan taburan daun bawang serta bawang goreng.

Nota :

Untuk menambahkan kesedapan Wantan Mee Kicap, boleh sediakan kicap cili potong dengan Minyak Bawang Putih. Memang terangkat.

Leave a Reply