14 hilang tempat tinggal, rumah musnah terbakar

14 hilang tempat tinggal, rumah musnah terbakar

14 hilang tempat tinggal, rumah musnah terbakar
Sebuah rumah dua tingkat di Kampung Pulo Ulu, Petra Jaya, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi menyebabkan 14 penghuni hilang tempat tinggal. – Foto NSTP/Ihsan JBPM

KUCHING: Seramai 14 mangsa daripada lima keluarga yang tinggal di sebuah rumah di Kampung Pulo Ulu, Petra Jaya, tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.22 pagi.

Menurutnya, 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan BBP Padungan diarah ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan itu.



“Setibanya di lokasi, komander operasi memaklumkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal terbakar sepenuhnya.

“Turut terbakar sebuah kenderaan dan rumah itu dihuni lima keluarga seramai 14 orang, termasuk empat kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata, semua mangsa berjaya menyelamatkan diri tanpa kecederaan.

“Punca kejadian masih dalam siasatan lanjut oleh Bahagian Forensik Kebakaran JBPM,” katanya.



Kejadian itu yang kedua berlaku di kampung sama dalam tempoh sembilan hari selepas lima rumah musnah dalam kebakaran 12 Disember lalu yang menyebabkan 44 penghuni hilang tempat tinggal.

Waktu Untuk Muhyiddin Turun Naik Mahkamah Sudah Bermula

14 hilang tempat tinggal, rumah musnah terbakar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


 



Waktu Untuk Muhyiddin Turun Naik Mahkamah Sudah Bermula

 

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading