Tiada siasatan baharu terhadap Tun Dr Mahathir
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada siasatan baharu dibuat ke atas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, ia sekali gus menafikan laporan beberapa portal berhubung isu itu.
“Kali terakhir bekas Perdana Menteri dipanggil polis pada 23 Mac lalu bagi membantu siasatan kes terbitan buku bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas.
“Rakaman percakapan beliau diambil hanya sebagai saksi bagi menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan dalam buku dihasilkan Tommy berjudul ‘My Story: Justice in the Wilderness’,” katanya dalam kenyataan hari ini.
METRO