Mahathir dipanggil Polis kes buku Tommy

 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis DiRaja Malaysia mengesahkan telah memanggil bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir untuk siasatan kes buku Tommy Thomas.



Rakaman percakapan Mahathir diambil sebagai saksi menjawap persoalan yang ditimbulkan dalam buku tersebut.

 

 



Dalam buku tersebut, Tommy turut menulis penglibatan Tawfiq Ayman dan Zeti Akhtar Aziz dalam skandal 1MDB. Mahathir juga antara individu yang sering mendakwa skandal 1MDB didalangi Najib Razak namun berlainan dengan apa yang ditulis Tommy.

Malah bekas Peguam Negara itu pernah membuat kenyataan dalam bentuk video mengenai penglibatan Zeti dan Tawfiq.

 



 

Semalam, Mahathir sekali lagi menulis menyentuh isu 1MDB dan menuding Najib. Beliau cuba memanipulasi pemikiran rakyat dengan mengulas keadilan Mahkamah mengenai kes 1MDB.

Mahathir sebenarnya perlu fokus kepada apa yang ditulis Tommy serta pendedahan yang berlaku berkaitan 1MDB.

MAHATHIR ADA IMUNITI?

Tetapi beliau tidak berbuat demikian sebaliknya terus menerus mengulas apa yang dilakukan Mahkamah. Adakah Mahathir mempunyai imuniti membolehkan beliau terus menerus bercakap mengenai kes?



Perlu diingatkan, Tommy Thomas merupakan Peguam Negara yang dilantik ketika Mahathir memerintah, malah Ketua Pesuruhjaya SPRM juga merupakan lantikan Mahathir.

Kini apabila peranan individu-individu tertentu dibongkarkan, Mahathir mula gelisah kerana mungkin beliau tahu siapa sebenarnya yang benar-benar terlibat. Pernah terbaca Mahathir ulas apa yang didedahkan Tim Liessner dalam Mahkamah US?

Rakyat masih menanti tindakan terhadap Tawfiq dan Zeti kerana dijangkakan mereka akan mendedahkan segalanya serta penglibatan individu yang sebenarnya terlibat dalam isu 1MDB.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button