Pemilihan PKR-Saifuddin Nasution calon popular

Kempen pemilihan jawatan Parti Keadilan Rakyat-PKR akan bermula pada esok 8 April 2022 menurut Pengerusi Jawatankuasa Parti, Dr Zaliha Mustafa.

Pemerhatian untuk jawatan Timbalan Presiden PKR mendapati Saifuddin Nasution Ismail menjadi calon paling popular mengisi kekosongan yang ditinggalkan Azmin Ali.



Lawan Saifuddin, Rafizi Ramli yang masih mencari platform memenangi hati ahli PKR agak jauh ketinggalan di belakang.

Mereka masih mempertimbangkan adakah berbaloi untuk mengangkat Rafizi yang bersikap seperti pengecut apabila meninggalkan parti pada 2019.

“Sapu tangan berbunga tekat, buat hiasan diatas bahu, luka di luar dapat dilihat, luka di hati siapa yang tahu”

 



 

15 November 2019, Mahkamah membebaskan Rafizi dari sabitan berkaitan kes NFC dan dipercayai kerana sabitan kes maka Rafizi tidak dapat bertanding PRU14.

Cepat benar Rafizi kecil hati dan tidak menggambarkan sifat seorang pejuang yang diperlukan PKR. Berbeza dengan Saifuddin yang terus setia dan taat kepada parti walau pernah kalah dalam pemilihan parti.



Pada 10 Disember 2019, Rafizi melalui akaun twitter mengumumkan beliau bersara dari politik dan dipercayai ada kaitan dengan kes Mahkamah yang dihadapinya.

TEROKA BIDANG BARU, RAFIZI TETAP MELINGKUP

Alasan persaraan Rafizi mahu menumpukan perhatian kepada bidang baru, bidang teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan internet kebendaan (IOT).

Secara tiba-tiba kiniĀ Rafizi Ramli membuat kemunculan semula dan mahu merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Mengapa? Adakah sebab ‘musuh ketat’ beliau, Azmin Ali sudah tidak bersama PKR lagi jadi beliau berfikir inilah peluang untuknya keluar dari bayang-bayang Azmin?



Perjalanan politik Saifuddin Nasution Ismail lebih jauh berbanding Rafizi. Bermula pada tahun 2000, karier politik beliau agak cemerlang bila menang di Dun Lunas, Kedah.

Berpengalaman merasai kekalahan tidak mematahkan semangat Setiausaha Agung PKR dari terus kekal berpolitik. Beliau membuat kejutan pada 2018 apabila memenangi kerusi DUN dan Parlimen sekaligus hingga mebolehkannya dilantik sebagai Menteri penuh Pakatan Harapan.

Sekiranya ahli PKR mengambil kira pengalaman serta daya tahan dalam dunia politik, Saifuddin jauh lebih baik daripada Rafizi Ramli.



PKR memerlukan seorang Timbalan Presiden yang bersedia jatuh bangun bersama Presiden untuk parti bukannya seorang yang bersifat pengecut.Ā 

Tepuk dada tanya selera.

Anwar Ibrahim tergugat dengan kemunculan Rafizi?

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button