Jual Kebab Tapi Guna Roti Sandwich

Keterujaan seorang wanita dan adiknya untuk menikmati kebab sebagai juadah berbuka puasa yang dibeli daripada peniaga di bahu jalan terpaksa dilupakan selepas peniaga tersebut menjual kebab dengan menggunakan roti sandwich.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Kyra Mali di platform TikTok, berkongsi pengalaman dirinya menjadi mangsa penipuan peniaga di tepi jalan.

Difahamkan, dia membeli kebab terbabit sebagai juadah untuk berbuka puasa, namun makanan tersebut dibalut dengan menggunakan roti putih biasa yang selalunya digunakan untuk membuat sandwich dan bukannya menggunakan roti pita seperti peniaga lain.



Kena scam beli kebab tepi jalan, nak makan masa berbuka tu terkejut tengok dapat roti putih macam tu je.

Ujarnya lagi, dia bersama adiknya membeli dua bungkus kebab dengan harga RM2.50 setiap satu dan ketika di gerai peniaga berkenaan, kebab tersebut sudah dibungkus terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dia sempat memuji dengan mengatakan bahawa inti makanan timur tengah itu sedap.

Nasib baik inti sedap. Inti kebab normal tapi roti tak normal.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa dengan tindakan peniaga yang tidak jujur itu. Malah ada juga di antara mereka turut berkongsi pengalaman yang sama.

Sumber : kyramali

OHBulan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button