Peningkatan misteri kes pneumonia pada kanak-kanak di China

Peningkatan misteri kes pneumonia pada kanak-kanak di China

Peningkatan misteri kes pneumonia pada kanak-kanak di China
LELAKI mendukung kanak-kanak di luar hospital kanak-kanak di Beijing. FOTO Reuters.

Beijing: Penyakit pernafasan dan radang paru-paru (pneumonia) yang tidak didiagnosis semakin meningkat di China, menurut Persatuan Penyakit Berjangkit Antarabangsa.

Dalam laporannya pada Selasa, persatuan itu berkata, hospital kanak-kanak di Beijing dan utara Liaoning sesak dengan kes seperti radang paru-paru yang ‘tidak dapat ditentukan’ dipercayai berpunca daripada jangkitan bakteria.

Laporan itu yang memperinci butiran daripada berita FTV News berpangkalan di Taiwan, menyatakan ramai pesakit dirawat di Hospital Kanak-Kanak Beijing.



Seorang penduduk dipetik berkata, “ramai kanak-kanak menerima rawatan di hospital. Tidak ada batuk, mereka tidak menunjukkan simptom pneumonia tetapi alami demam panas dan keradangan pada saluran pernafasan.”

Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan sudah meminta maklumat rasmi daripada China mengenai kes berkenaan.

Kemunculan semula penyakit itu yang dirawat dengan ubat antibiotik, berkemungkinan dikaitkan dengan peningkatan rintangan antibiotik.

Peningkatan misteri kes pneumonia pada kanak-kanak di China

 



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zahid Selamat Jalani Pembedahan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button