Dua ahli politik dibunuh dalam masa seminggu

Dua ahli politik dibunuh dalam masa seminggu

Dua ahli politik dibunuh dalam masa seminggu
PEDRO Briones. FOTO Capital News

Quito: Tidak sampai seminggu calon presiden Ecuador ditembak mati, seorang lagi ahli politik terbunuh, Isnin lalu.

Tragedi itu berlaku ketika mangsa hadir dalam satu perhimpunan kempen pilihan raya yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini.

Pedro Briones, ahli Parti Revolusi Rakyat bekas presiden Rafael Correa, dan salah seorang pemimpin pergerakan di wilayah Esmeraldas, sempadan dengan Colombia, dibunuh lelaki bersenjata yang tidak dikenali.



Salah seorang calon presiden utama, Luisa Gonzalez berkata, Ecuador sedang melalui tempoh paling berdarah.

Katanya, kerajaan tidak cekap hingga negara diambil alih kumpulan jenayah terancang.

“Solidariti saya tetap bersama keluarga kawan, Pedro Briones, mangsa keganasan baharu,” katanya di X, platform media sosial yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.

Sementara itu, Correa turut menzahirkan ucapan takziahnya di media sosial.



“Mereka membunuh seorang lagi rakan sekerja kami di Esmeraldas. Cukuplah!,” katanya.

Memetik sumber polis tempatan, mangsa ditembak di rumahnya di bandar San Mateo, oleh dua lelaki bermotosikal yang kemudian melarikan diri.

Pembunuhan itu berlaku kurang seminggu selepas pembunuhan calon presiden, Fernando Villavicencio di ibu negara Quito, 9 Ogos lalu.

Wartawan berusia 59 tahun giat dalam usahanya menentang rasuah dan berada di tempat kedua dalam pilihan raya apabila dia ditembak ketika meninggalkan perhimpunan kempen.



Salah satu pencapaian utamanya sebagai wartawan ialah meletakkan bekas presiden Correa, yang berkhidmat dari 2007 hingga 2017, di kandang tertuduh hasil daripada salah satu laporan penyiasatannya.

Correa, kini menetap di Belgium, dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun, secara tanpa kehadiran, dalam kes itu.

Sebahagian besar Ecuador berada dalam keadaan darurat dan Presiden Guillermo Lasso menyalahkan jenayah terancang untuk pembunuhan Villavicencio.

Enam warga Colombia ditangkap untuk membantu siasatan pembunuhan itu.



Dua ahli politik dibunuh dalam masa seminggu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading