Ukraine tidak akan serah wilayah kepada Rusia untuk keahlian NATO

Ukraine tidak akan serah wilayah kepada Rusia untuk keahlian NATO

Ukraine tidak akan serah wilayah kepada Rusia untuk keahlian NATO
BENDERA NATO.

Kyiv: Ukraine tidak akan menyerahkan wilayahnya kepada Russia untuk mendapatkan keahlian Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Xinhua memetik jurucakap Kementerian Luar Ukraine, Oleg Nikolenko pada Selasa.

“Perbincangan mengenai Ukraine menyertai NATO sebagai pertukaran untuk menyerahkan sebahagian wilayah Ukraine adalah sama sekali tidak dapat diterima,” menurut hantaran Nikolenko di Facebook.

Beliau menekankan bahawa Ukraine komited untuk terus bekerjasama dengan NATO bagi mencapai keahlian penuh dalam perikatan itu.



Kenyataan itu dikeluarkan selepas kenyataan daripada Stian Jenssen, pengarah pejabat peribadi Setiausaha Agung NATO, yang mencadangkan agar Ukraine menyerahkan sebahagian wilayahnya kepada Russia sebagai pertukaran untuk keahlian bagi menamatkan peperangan, lapor agensi berita Ukrinform.

Ukraine tidak akan serah wilayah kepada Rusia untuk keahlian NATO


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button